Sorry Tom, news only available in BM.
taken from Harian Metro:
Edisi Nasional: Kereta baru 'potong'
Oleh Zuliaty Zulkiffli
[email protected]
ALOR STAR: Seorang guru wanita tidak menyangka kereta Proton Gen 2 yang baru dibeli dari sebuah syarikat kereta di Mergong, terdapat kesan ‘potong’ pada bahagian ensel pintu kenderaan.
Shakirah Abdul Hamid, 31, dari Tandop, dekat sini, mendakwa kereta itu dibeli pada Januari lalu dengan menukar Proton Wira miliknya serta membayar wang pendahuluan RM10,800.
Dia mendakwa hanya menyedari keadaan itu selepas ternampak kesan kimpalan pada keempat-empat pintu yang sepatutnya tidak boleh dikimpal ketika servis pertama pada 2 Februari lalu di sebuah pusat servis di Mergong.
“Saya memberitahu mekanik yang membuat servis berkenaan dan dia mendapati kereta berkenaan mempunyai kesan kimpalan yang tidak sempurna seolah-olah sudah dipotong.
“Selain itu, mereka mendapati skru bahagian bonet depan dan but belakang pernah dibuka dan terdapat kesan cat tertanggal berlainan warna serta menyebabkan but belakang renggang,” katanya di pejabat Harian Metro, di sini, semalam.
Shakirah kemudian mendakwa dipanggil jurujual pusat servis berkenaan supaya menjelaskan keadaan sebenar kereta itu dan diarahkan berjumpa dengan pengurus syarikat kereta yang dibelinya itu.
Katanya, pada keesokannya, dia dan suaminya, Hamzah Derani, 33, menemui pengurus pusat servis terbabit untuk menyatakan ketidakpuasan hatinya itu.
“Pengurus itu sendiri memberitahu yang beliau tidak pernah menghadapi masalah itu sejak 14 tahun terbabit dalam urusan jual beli kereta.
“Selepas berbincang dengan pengurus berkenaan, saya rasa lega apabila mereka berjanji untuk menggantikan kenderaan baru tetapi selepas lima bulan saya masih menggunakan kereta ini tanpa diganti,” dakwanya.
-------------------------------------
So guys, anyone interested in buying a brand new "Protong" Gen 2 ?