BAHAGIAN II
PENGELASAN, PENDAFTARAN DAN PELESENAN KENDERAAN-KENDERAAN MOTOR DAN PEMANDU-PEMANDU
Pengelasan Kenderaan-Kenderaan Motor
5. (1) Bagi maksud Akta ini, kenderaan-kenderaan motor hendaklah
dibahagikan kepada kelas-kelas yang berikut:
(a) kenderaan-kenderaan orang cacat; iaitu, kenderaan-kenderaan
motor yang berat tanpa muata nnya tidak melebihi dua
ratus lima puluh kilogram, yang direkabentuk dan dibina
khas, dan bukan semata -mata disesuaikan, bagi
kegunaan seseorang yang mengalami kecacatan atau
ketakdayaan jasmani dan semata-mata digunakan oleh
orang itu;
(b) motosikal-motosikal; iaitu, kenderaan-kenderaan motor yang
mempunyai kurang daripada empat roda, dan yang berat
tanpa muatannya tidak melebihi empat ratus lima puluh
kilogram;
(c) traktor-traktor berat; iaitu, kenderaan-kenderaan motor yang
tidak dibina untuk membawa apa-apa muatan (selain daripada
air, bahan api, akumulator-akumulator dan kelengkapan dan
bahan-bahan lain yang digunakan bagi maksud-maksud
rejanan, perkakas-perkakas curai dan kelengkapan curai),
yang berat tanpa muatannya melebihi lima ribu kilogram;
(d) traktor -traktor ringan: iaitu, kenderaan kenderaan motor, yang
berat tanpa muatannya tidak melebihi lima ribu kilogram dan
jika sebaliknya, tergolong di dalam takrif "traktor-traktor
berat";
(e) motokar-motokar berat; iaitu. kenderaankenderaan motor yang
dibina untuk membawa muatan atau penumpang-penumpang
dan yang berat tanpa muatannya melebihi tiga ribu kilogram;
(f) motokar-motokar; iaitu, kenderaan-ken.deraan motor (tidak
tergolong di dalam takrif "motosikal-motosikal"), yang
dibina untuk membawa muatan atau penumpangpenumpang dan
yang berat tanpa muatannya tidak melebihi tiga ribu kilogram;
(g) jentera bergerak berat: iaitu, kenderaankenderaan motor
yang direka bentuk sebagai mesin lengkap terkandung sendiri,
didorongkan dengan cara mekanisme yang terkandung di dalam
badannya sendiri dan yang berat tanpa muatannya melebihi lima
ribu kilogram dan boleh digunakan di atas jalan:
(h) jentera bergerak ringan: iaitu. kenderaankenderaan motor,
yang berat tanpa muatannya tidak melebihi lima ribu kilogram
dan jika sebaliknya, tergolong di dalam takrif, "jentera
bergerak berat";
(i) kenderaan-kenderaan yang dikawal oleh pejalan kaki; iaitu,
kenderaan-kenderaan motor yang dibina bagi maksud membawa
muatan atau penumpang-penumpang dan dikawal oleh
seseorang yang tidak duduk atau naik di atas kenderaan
tersebut;
(j) kenderaan-kenderaan troli; iaitu, kenderaan kenderaan yang
mendapat kuasanya daripada kabel atau rel atas dan
mempunyai sambungan dengan sumber kuasa tersebut secara
takal atau peranti yang lain;
(k) trailer; iaitu, kenderaan-kenderaan selain daripada alat-alat
tanah yang ditarik oleh sesuatu kenderaan motor, sama ada atau
tidak sebahagian daripada trailer itu diletakkan di atas kenderaan
yang menariknya.
so wich is yours?