Evo Theft.

DewA_LavaU

1,500 RPM
Senior Member
Joined
Jan 11, 2004
Messages
1,963
Points
3,163
Location
Bintulu
beware.:banghead:

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20070727092320/Article/index_html

KLANG: Sebuah helikopter terpaksa digunakan untuk mengesan 23 kenderaan mewah pelbagai jenama bernilai kira-kira RM2.3 juta dipercayai siap untuk diseludup ke Batam, Indonesia serta Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Helikopter milik syarikat peralatan keselamatan kereta, digunakan untuk mengesan Toyota Fortuner dipasang Sistem Pengesan Frekuensi Radio sebelum menemui 22 kenderaan lain, Rabu lalu.

Pegawai syarikat berkenaan yang berjaya mengesan kenderaan pacuan empat roda itu terus memaklumkan kepada polis sebelum sebuah gudang di Jalan Haji Sirat di sini, diserbu.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohd Rodwan Yusof, berkata hasil serbuan mendapati, 23 kenderaan terbabit sudah ‘dicuci’ dan hanya menunggu masa sesuai untuk ‘dieksport’ ke luar negara.

“Ketika serbuan, tiga suspek iaitu dua lelaki serta seorang wanita, berumur 20 hingga 28 tahun, berada di dalam gudang berkenaan.

“Mereka kelihatan terkejut ketika kami masuk dan siasatan mendapati, ketiga-tiganya mempunyai kaitan dengan sindiket curi kenderaan yang dibongkar pada Februari lalu kerana terbabit dalam penyeludupan kereta curi ke luar negara,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang, di sini, semalam.

Menurut Mohd Rodwan, kenderaan yang ditemui semula ialah 14 Toyota Hilux, tiga Toyota Fortuner dan masing-masing satu Toyota Camry, Toyota Innova, Nissan Extrail, Proton Waja, Proton Putra serta Mitsubishi Evolution.

Mitsubishi Evolution itu pula ditemui dalam keadaan badan serta komponen dipotong serta dileraikan.

“Siasatan awal mendapati, sindiket terbabit menyewa gudang itu selama sebulan kononnya untuk menyimpan barangan tekstil.

“Polis sedang menyiasat sama ada sindiket pernah menggunakan gudang terbabit untuk menyimpan kenderaan curi sebelum ini selain digunakan untuk meleraikan komponen kenderaan berkenaan,” katanya.

Ketiga-tiga suspek ditahan reman sehingga 31 Julai ini untuk membantu siasatan.

Sementara itu, wakil syarikat berkenaan berkata, Toyota Fortuner berkenaan dilaporkan dicuri di sekitar Rawang, Rabu lalu.

“Ia dilaporkan hilang pada jam 6.33 pagi dan kami terus mengaktifkan sistem keselamatan dipasang pada kenderaan terbabit.

“Syarikat kemudian mengarahkan sebuah helikopter mengesan kenderaan sebelum menemui lokasinya dan memaklumkan kepada polis,” katanya.
 
woh!dunno which alarm system is that.tracking until use a helicopter

saw the news yesterday nite,saw a white evo already cut half.i think it was a evo 7

and alot of toyota
 
It was CAPTOR system...The white EVO 7 that had been cut into 3 pieces is a member of another car club...Heard that he just bought the car not even a month before it was stolen...
 
It was CAPTOR system...The white EVO 7 that had been cut into 3 pieces is a member of another car club...Heard that he just bought the car not even a month before it was stolen...

Malaysia really "boleh".Like that also can
 
yer .. it's belong to our fren ... but became halfcut aledi maaaaa.. so the lblardy gang should be shot to death ....
 

Similar threads

Posts refresh every 5 minutes




Search

Online now

Enjoying Zerotohundred?

Log-in for an ad-less experience