NISSAN Fairlady 350Z mungkin Porche 911 versi Jepun. Ia mempunyai hampir semua yang ditawarkan kereta sport mewah nombor satu itu, sama ada gaya, kuasa dan kejituan kejuruteraan kecuali kehebatan jenama dan harganya yang separuh daripada Porche 911.
Memang, Nissan tidak mengeluarkan Fairlady 350Z untuk jumlah jualan yang besar, tetapi ia penting kerana model itu dan satu lagi model lagenda Nissan, Skyline GT-R adalah wadah untuk mengangkat martabat Nissan. Kedua-dua model ini memperjelaskan keupayaan Nissan mengeluarkan serangkaian lengkap kenderaan bermotor sama ada kenderaan murah atau paling berprestasi tinggi.
Sementara menunggu model terbaru GT-R Proto untuk kembali menemui peminat setia pada pertengahan 2007, Fairlady 350Z menjadi pertaruhan Nissan untuk terus mengujakan peminat kereta sportnya. Sebagai pengeluar automotif global, Nissan mempunyai produk bagi setiap segmen pasaran, sama ada kereta penumpang dijadikan kenderaan harian atau van berkos rendah untuk peniaga kecil, mahupun kereta sport bagi golongan berada.
Dengan keupayaan sebegini, dapat kita lihat Nissan menjadi pengeluar yang berwibawa dan fokus. Ia dapat mengeluarkan produk khusus untuk setiap segmen pasaran, bukannya seperti sesetengah pengeluar kereta yang mahu mengeluarkan kereta sports untuk seluruh rakyat.
Memang bagus jika dapat mengeluarkan kereta sports, tetapi pasaran untuk kereta seperti ini adalah khusus (kerana rekaan dan fungsinya tidak boleh diterima semua orang) dan pengeluar automotif menghasilkannya bagi membina imej. Pengguna mahukan kereta yang sporty (ada sentuhan sports) tetapi praktikal untuk digunakan sebagai kenderaan harian.
Di rantau sebelah sini, Fairlady 350Z lebih popular dalam varian dua tempat duduk, sementara di pasaran paling larisnya di benua atas angin (Amerika Syarikat), ia dikenali Infinity 350Z dalam varian 2+2 (dua pintu). Tidak kira dalam apa varian sekalipun, kereta ini memperjelaskan satu maksud iaitu kejituan kejuruteraan automotif yang dizahirkan menerusi sebuah kereta yang cukup bergaya dan bertenaga.
Memandu varian biasa Fairlady 350Z sudah cukup membuatkan kita merasai sepenuhnya `kelazatan' pemanduan, apatah lagi memandu varian yang dipertingkatkan dengan sentuhan talaan Nismo, bahagian pengeluaran komponen sports Nissan, biasanya untuk perlumbaan. Justeru, apabila memandu jentera yang sangat berkuasa ini, memandu di lebuh raya terasa kurang mencabar. Selagi wujud keberanian, mesin beroda empat ini patuh mengikut kemahuan. Kotak gear automatic dengan tiptronik memudahkan lagi pengendalian hingga setiap selekoh dilayan dengan begitu mudah.
Dalam arena perlumbaan, seperti siri perlumbaan Japan GT umpamanya, kelibat Fairlady 350Z cukup digeruni pelumba. Enjin VQV6 yang dipasang pada model ini pernah dianugerahkan sebagai Enjin Terbaik Dunia 2004 oleh Ward's Auto World selama 10 tahun berturut-turut.
Selain di jalan biasa, kami pernah mencuba varian Nismo 350Z di litar perlumbaan Twin Ring Motegi, Tokyo, Jepun. Walaupun saya bukan pemandu profesional, tetapi kemantapan jentera ini menyuntik keyakinan yang sukar hendak difahami.
Bahagian dalaman jentera sports ini menampilkan rekaan papan pemuka yang ringkas `minimalis', tidak seperti papan pemuka yang dipenuhi pelbagai meter dan tolok macam kereta Wira dan Kancil yang sering kita nampak terhengut-hengut di jalan. Kerusi bucket bersalut fabric selesa akan mendakap pemandu dan penumpang dengan selesa ketika jentera ini beraksi.
Nissan membangunkan jentera ini dengan wajah aerodinamik meliputi bahagian hadapan dengan lampu depan xenon moden selain kombinasi bahagian belakang dipertingkatkan dengan pemecah angin serta sistem perendam bunyi dua lubang.
Sentuhan S-Tune Kit Nismo pada model ini mempertingkatkan penampilannya sebagai jentera sport berprestasi tinggi. Antara penambahan untuk kemantapannya termasuk sistem suspensi S-Tune, pemecah angin belakang dan sistem penstabil S-Tune.
Di sebalik wajahnya yang hebat, Fairlady 350Z dipadankan dengan enjin 3.5 liter DOHC 24 Injap Enam Silinder V dengan Kawalan Injap Sentiasa Berjujukan (CVTC).
Ketika memandunya di lebuh raya, kelajuan 180 km/j dicapai dengan mudah dan ketika jarum meter mencecah 220 km/j, dapat dirasakan enjin ini langsung tidak keletihan, cuma jantung kita yang semakin kencang. Jika mahu lebih laju, sudah tentu tidak ada masalah. Kelajuan maksimum terpapar di papan meter model ini ialah 260 km/j. Ikutkan hati binasa!
Untuk pengendalian baik di laluan berselekoh jentera ini dipadankan dengan sistem suspensi sport serta rim aloi bersaiz 18 inci dengan padanan tayar 225/45R18 91W yang memberikan cengkaman lebih baik termasuk Sistem Brek Anti Kunci Empat Roda (ABS) Brembo, Edaran Daya Brek Elektronik (EBD) dan Sokongan Brek (BA).
Fairlady 350Z memang tidak dapat menandingi kehebatan kepopularan Porche 911, tetapi jika dibuat perbandingan langsung (dua kereta tanpa jenama), mungkin ramai akan bersetuju 350Z lebih cantik dan paling penting bagi pembeli yang tidak pentingkan jenama, 350Z adalah belian yang lebih berbaloi.
SPESIFIKASI
MODEL: Nissan Fairlady 350Z
ENJIN: DOHC, 24 Valve V6
SESARAN: 3,498 cc
KUASA MAKSIMUM: 206kW(280bhp)/6,200 rpm
TORK MAKSIMUM: 363Nm(37.0 kg-m)/4,800 rpm
SISTEM TRANSMISI: Automatik lima kelajuan dengan pilihan manual
HARGA ATAS JALAN: RM571,875.74 (varian standar) RM624,595.74 (dengan Nismo kit)
Fairlady 350Z direka pasukan Nissan Z sebagai sebuah kereta sport dua pintu dengan pakej perlumbaan hebat terutama dari aspek luaran aerodinamik serta padanan enjin berprestasi tinggi.
Kereta ini melalui proses ujian ketat termasuk terowong angin untuk memastikannya tidak memiliki kecacatan dalam merentasi angin pada kelajuan tinggi.
Untuk menjadikannya lebih eksklusif, Fairlady 350Z dipadankan dengan kemasan aluminium pada panel pintu, meter, lubang penyaman udara dan tombol gearnya, selain dilengkapi sistem audio yang bertenaga, penyaman udara dan beberapa ruang untuk meletakkan barang..
Enjin VQV6 yang dipasang pada model ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 206kW(280PS) pada 6,200 rpm dan tork maksimum 363Nm (37.0 kg-m) pada 4,800 rpm.