LITAR KHAS ATASI LUMBA HARAM
KUALA TERENGGANU:Dalam usaha membendung masalah lumba haram di negeri ini, kerajaan negeri bercadang membina litar khas untuk golongan itu di kawasan kompleks sukan Gong Badak melalui peruntukan berjumlah RM4.1 juta.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri,Datuk Abdul Rahin Mohd Said, berkata litar sepanjang 300 meter disediakan di Kompleks Gong Badak, namun pihaknya bercadang menambak jarak sejauh 600 meter selain menyediakan tempat duduk untuk penonton.:dancing:
"Kerajaan negeri yakin, dengan adanya litar seperti itu,gejala mat rempit dapat di bendung,seterusnya mengurangkan kegiatan yang boleh membahayakan diri", katanya selepas melepaskan kira-kira 500 peserta acara berjalan kaki sejauh tiga kilometer semperna Karnival Jacob's Walk Of Life di pantai Batu Burok, di sini semalam.

