Alamat Cawangan Tribunal
Ibu Pejabat Bahagian Penguatkuasa,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,
Tingkat 24-26, Putra Place,
100 Jalan Putra, 50622 KUALA LUMPUR.
Telefon : 603-40436888, 40437888, 40492431, 40433366
Fax : 603-40425615, 40437746, 40425819
http://www.kpdnhep.gov.my/index.cgi?pub=alamat_cawangan_tribunal
Latar Belakang
Tribunal Tuntutan Pengguna adalah satu badan yang telah ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang mula berkuatkuasa pada 15.11.1999.
Bahagian XII Akta mengandungi 38 Seksyen yang menyentuh tentang berbagai aspek Tribunal seperti keanggotaan Tribunal, bidangkuasa Tribunal, prosiding Tribunal, award-award Tribunal dan sebagainya.
Objektif Penubuhan Tribunal
Tribunal Tuntutan Pengguna adalah merupakan sebuah badan bebas untuk mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan pengguna yang dibuat di bawah Akta dan tertakluk kepada peruntukan Akta Pelindungan Pengguna 1999.
Sebelum penubuhan Tribunal ini segala tuntutan gantirugi oleh seorang pengguna terhadap seorang pembekal atau pengilang terpaksa dibawa ke Mahkamah Sivil di mana ia melibatkan prosedur yang rumit, kos yang tinggi dan mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan. Ini adalah di antara sebab-sebab mengapa pengguna tidak berminat untuk membuat tuntutan di Mahkamah terhadap pembekal atau pengilang yang tidak bertanggungjawab terutamanya jika sekiranya amaun yang dituntut adalah kecil, walaupun pada masa ini sudah adanya Mahkamah Tuntutan Kecil di setiap negeri untuk mendengar tuntutan-tuntutan yang tidak melebihi RM5,000.00.
Memahami hakikat ini Tribunal Tuntutan Pengguna telah ditubuhkan bagi menyediakan satu saluran atau kemudahan alternatif kepada seorang pengguna untuk menuntut gantirugi dan pampasan daripada seorang pembekal atau pengilang dengan cara mudah, murah dan cepat.
Motto
MUDAH, MURAH DAN CEPAT
Bidang Kuasa Tribunal
Tribunal mempunyai bidang kuasa mendengar -
(a) apa-apa tuntutan mengenai barangan atau perkhidmatan yang ia mempunyai bidang kuasa untuk mendengar seperti diperuntukkan di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999;
(b) di mana jumlah amaun yang dituntut tidak melebihi RM25,000.00; dan
(c) apa-apa perkara lain yang ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam warta.
Bidang kuasa Tribunal hendaklah dilaksanakan oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan mana-mana anggota yang dipilih oleh Pengerusi yang akan bersidang sendirian.
Batasan Bidang Kuasa
Tribunal tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar apa-apa tuntutan;
- yang berbangkit daripada kecederaan diri atau kematian;
- bagi mendapatkan kembali tanah atau apa-apa estet atau kepentingan mengenai tanah;
- yang mempersoalkan hakmilik-hakmilik tanah atau apa-apa estet atau kepentingan mengenai tanah, atau apa-apa francais; dan
- yang menagandungi pertikaian mengenai,
- Hak di bawah satu wasiat atau peruntukan, atau disebabkan kematian tak berwasiat;
- Nama baik (good will)
- Apa-apa hak dalam tindakan;
- Rahsia perdagangan atau harta intelek lain
- bidang kuasa Tribunal hendaklah terhad kepada sesuatu tuntutan yang berasaskan pada suatu kuasa tindakan yang terakru dalam masa tiga tahun dari tuntutan itu.
- perkara-perkara berkaitan dengan peruntukan di bawah seksyen 2(2) Akta Pelindungan Pengguna 1999.
Siapa Yang Boleh Membuat Tuntutan
Mana-mana pengguna boleh membuat tuntutan di Tribunal ini. Di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999, pengguna ditakrifkan sebagai seorang yang memperoleh atau menggunakan barang atau perkhidmatan bagi maksud kegunaan atau penggunaan diri, rumahtangga atau isi rumah
Tatacara Tuntutan
No harm trying. It's best if you have receipt as proof of purchase that you have paid 7K for the transplant. If not receipt, NO TALK. Tribunal will not entertain no proof of purchase, but no harm asking if they willing to accept the case.
Tom, apologies for the malay, lazy to do translation. Take it as a lesson and make his life harder to compenstate for your mistakes. He give you hell, you give him hell. Good luck mate.