- Joined
- Mar 19, 2005
- Messages
- 1,833
- Points
- 3,138
Proton akan dipertahan -- PM: Kerajaan tidak benarkan pihak asing kuasai syarikat automotif negara
PUTRAJAYA 20 Feb. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd., merupakan ikon milik rakyat Malaysia yang tidak akan dibenarkan dikuasai oleh pelabur asing.
Perdana Menteri berkata, kerajaan akan terus bertegas mempertahankan Proton sebagai aset strategik yang memberikan banyak faedah kepada negara walaupun dikritik kerana enggan melepaskan kepentingan majoriti.
``Proton adalah ikon kami, Proton dimiliki oleh semua rakyat Malaysia.
``Saya rasa tidak ada salah bagi sebuah negara yang mahu (mengekalkan) kereta kebangsaannya sendiri. Orang lain mungkin tidak (mahu) tetapi kami mahukannya atas pelbagai sebab.
``Proton telah memberikan banyak kelebihan kepada kami,'' kata Abdullah dalam satu temu ramah dengan The Associated Press di sini hari ini.
Bulan lalu, Proton dan Volkswagen AG dari Jerman membatalkan usaha membentuk pakatan ekuiti selepas syarikat Malaysia itu enggan melepaskan kawalan terhadap pengurusan.
Volkswagen sebelum itu dilaporkan mahu memegang kawalan pengurusan dan diberikan kepentingan majoriti dalam Proton.
Kerajaan menguasai 42 peratus kepentingan dalam Proton melalui Khazanah Nasional Bhd.
Menurut Abdullah, ketegasan Proton bukan penyebab tunggal yang menggagalkan rundingan dengan Volkswagen kerana syarikat Jerman itu juga meletakkan pelbagai syarat ketat yang sukar dipenuhi oleh Malaysia.
``Mereka menyatakan Proton membuatkan rundingan itu sukar tetapi Volkswagen juga turut merumitkan (rundingan), sebab itu `perkahwinan' tersebut tidak terjadi,'' katanya.
Bagaimanapun, kata Abdullah, Proton masih memerlukan satu perkongsian dengan syarikat global bagi memperbaiki kualiti dan meningkatkan kecekapannya.
Perdana Menteri berkata, Proton perlu mencari satu `perkongsian pintar' jangka panjang yang boleh membekalkan teknologi canggih bagi membolehkannya berhadapan dengan persaingan semakin meningkat daripada kereta asing.
``Banyak lagi yang perlu dilakukan oleh Proton. Ia perlu memperbaiki prestasi kereta-keretanya, ia harus meningkatkan enjinnya dan membina keupayaan,'' kata Abdullah.
``Proton perlu lebih cekap dan boleh menjadi lebih cekap sekiranya ia menemui perkongsian strategik yang boleh berjaya,'' katanya.
Sejak rundingan dengan Volkswagen itu gagal, Proton telah memulakan perbincangan baru bagi memasang sehingga tiga model kereta Jerman tersebut untuk pasaran tempatan dan serantau.
Proton juga telah menjalin semula kerjasama teknikal dengan bekas rakan kongsinya dari Jepun, Mitsubishi Motors Corp., untuk membangunkan model-model kereta secara bersama.
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0221&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm